Pendekar 'Serang' PAU 2017 - Berita Semasa | mStar

Pendekar 'Serang' PAU 2017

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 2:42 PM

Sekumpulan 'pendekar' menghangatkan PAU 2017 di PWTC, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran sekumpulan 'pendekar' menghangatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Segak memakai busana Melayu dan lengkap bertanjak, kesemua mereka umpama pahlawan zaman Kesultanan Melayu.

Malah lebih 20 'pendekar' itu, menampilkan kepakaran bersilat masing-masing meskipun tanpa keris di tangan.

Setiausaha Biro Agama Pemuda Umno, Suhaimi Adnan, 44, yang mengetuai kumpulan itu berkata, kehadiran mereka bertujuan untuk memeriahkan PAU 2017 yang berlangsung sehingga Sabtu.

Katanya, pemakaian baju Melayu dan bertanjak berkenaan bagi menyuntik semangat anak-anak muda terhadap perjuangan bangsa.

"Umno sendiri memperjuangkan bangsa Melayu dan anak-anak muda ini disuntik semangat perjuangan datuk moyang mereka," katanya kepada mStar Online.


Suhaimi (kiri) bersama menantunya, Mohamad Johari (tengah) menunjukkan koleksi tanjak yang dibawa ke PAU2017.

Suhaimi yang juga AJK Pemuda Umno Puchong berkata, antara yang paling muda menyertai kumpulan itu remaja berumur 18 tahun.

Selain Pemuda Umno Puchong, katanya, turut serta adalah Pemuda Umno dari Sepang.

Tambah Suhaimi, secara keseluruhan antara 40 dan 50 orang akan menyertai kumpulan mereka berbaju Melayu dan bertanjak.

"Ramai lagi yang bakal menyusul menjadi 'pendekar' petang ni. Ada banyak lagi tanjak yang kami sediakan untuk mereka," katanya mengenai kesemua tanjak ditaja oleh menantunya, Mohamad Johari Jumri, 34, yang mengusahakan koleksi tanjak dan busana tradisional Melayu.


Tags / Kata Kunci: PWTC , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan