Sanggup Harungi Arus Deras Demi Eting - Berita Semasa | mStar

Sanggup Harungi Arus Deras Demi Eting

Diterbitkan: Rabu, 6 Disember 2017 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Seorang warga emas sanggup berulang alik setiap hari dari pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas ke rumahnya di Kampung Kolam dengan meredah banjir paras dada semata-mata mahu memberikan makan kepada beruk peliharaannya yang diberi nama Eting.

Walaupun berdepan bahaya kerana perlu mengharungi arus deras sepanjang empat kilometer untuk sampai ke rumahnya, Awang Mamat, 60, sanggup mengetepikan bahaya tersebut demi beruk kesayangannya.

Hal ini kerana Eting berusia 10 tahun ditambat di beranda tangga menjadi penunggu setia rumah sepanjang enam hari banjir melanda.

“Eting mana boleh pindah, dia kena jaga rumah kami. Bukan kami tak mahu bawa Eting bersama tapi ia lebih seronok tinggal di rumah.

“Lagipun Eting seekor beruk yang bijak. Dia tahu air banjir dalam dan sudah biasa dengan keadaan itu,” katanya.

Awang berkata, setiap hari dia akan pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada Eting tidak kira bagaimana keadaan cuaca pada waktu itu.

Katanya, selain hantar makanan dia juga mahu memastikan Eting berada dalam keadaan sihat.

“Pakcik dan keluarga sayang Eting sangat-sangat. Eting banyak jasa kepada pakcik dan keluarga. Sudah 10 tahun Eting petik kelapa dan duit itulah pakcik gunakan untuk sara keluarga.

“Jadi tak salah pakcik berkorban demi Eting setiap kali banjir,” katanya kepada Sinar Harian.

Awang dan isterinya Bunga Hussien, 56, sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam begitu gembira dapat melihat Eting berada dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun, kawasan rumah Awang masih digenangi air Sungai Golok yang belum surut sepenuhnya.

Tags / Kata Kunci: banjir , Eting
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan