Azwan Hadir PAU, Mahu Dedah Siapa Azmin Ali - Berita Semasa | mStar

Azwan Hadir PAU, Mahu Dedah Siapa Azmin Ali

Diterbitkan: Rabu, 6 Disember 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selebriti yang juga merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, Azwan Ali membuat kejutan apabila menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Rabu.

Kemunculan beliau bersama-sama dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ternyata menarik perhatian media yang lantas menyerbu kehadirannya ke sini.

Bercakap kepada media, Azwan Ali menyatakan bahawa kemunculan beliau di PAU adalah semata-mata untuk mendedahkan 'sesuatu yang besar' berhubungkait dengan Azmin Ali.

"Kehadiran pertama kali saya ke PAU, saya diajak Datuk Seri Jamal Md Yunos ke sini.

"Kehadiran saya  dibuat atas dasar sebagai hadiah saya untuk Datuk Seri Najib menjelang PRU14

"Saya mahu ingatkan Azmin jangan ingat saya berpura , jangan ingat saya dapat dedak , barua Umno dibayar juta-juta, tidak, Allah yang mengaturkan saya... dah lama saya dendam dengan Azmin tapi dia lupa amanah arwah Haji Ali, kau ingat kau Menteri Besar kau hebatlah biar aku jatuhkan... menteri lain tak berani jatuhkan jadi aku jatuhkan," katanya kepada media.

Segak mengenakan busana jubah berwarna merah Azwan berkata, dia menyimpan dendam hampir lima tahun dengan Azmin Ali rentetan sikapnya yang dianggap tidak menghargai jasa adik beradik.

"Saya simpan selama lima tahun...Apa jenis abang kau menang besar aku jual maruah aku sebagai artis aku hilang pekerjaan RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri dibelakang Azmin Ali sebelum ini," katanya.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Azwan Ali , PAU
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan