“Boleh Caj Kalau 'Servis' Lima Bintang”

Diterbitkan: Selasa, 5 Disember 2017 9:03 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Kalau nak caj pelanggan guna tandas, pastikan 'servis' mencapai tahap lima bintang," kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Shell Malaysia berhubung isu jualan kupon untuk penggunaan tandas di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

Datuk Abd Wahid Bidin yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata demikian ketika diminta mengulas isu stesen minyak Shell Pulau Kambing di Kuala Terengganu, Terengganu yang mengenakan caj RM0.50 kepada pelanggan yang ingin menggunakan tandas di stesen tersebut.

"Bagi saya, kalau 'servis' yang diberikan itu lima bintang, caj RM0.50 itu adalah berpatutan.

"Tapi kalau setakat tiga atau empat bintang, tak padanlah nak caj pelanggan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abd Wahid berkata, pengusaha stesen minyak di negara ini tidak mendapat potongan untuk bil Indah Water Konsortium (IWK) seperti yang diterima oleh para pengusaha hotel.

Jelasnya, kali terakhir kos bil utiliti itu dikaji oleh pihak kerajaan adalah pada 2008 dan kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengusaha stesen minyak sudah meningkat sebanyak lima kali ganda.

Sebuah stesen minyak  Shell di Kuala Terengganu didakwa melaksanakan kaedah pembelian kupon kepada mereka yang ingin menggunakan tandas. - Facebook

"Jika dulu, bil IWK hanyalah sekitar RM40 hingga RM60 sebulan, tapi kini ia mencecah antara RM800 hingga RM1,000 sebulan.

"Jadi, jika ada stesen yang mahu laksanakan kaedah pembelian bersyarat begitu, pastikan ada pekerja yang menjaga keselamatan pengguna dan kebersihan tandas sentiasa dipantau," kata Abd Wahid.

mStar Online pada Jumaat lalu melaporkan, seorang lelaki mendakwa terpaksa membeli kupon ketika ingin menggunakan bilik air di sebuah stesen minyak.

Situasi yang dianggap jarang berlaku itu mengundang pelbagai reaksi netizen di laman Facebook.

Penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Aziz berkata, dia terkejut apabila mengetahui tentang caj yang dianggap umpama 'paksa rela' itu ketika singgah di sebuah stesen minyak di Kuala Terengganu pada tengah hari Jumaat.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa ketika memuat naik mengena perkara tersebut. Cuma saya terkejut apabila orang awam yang ingin menggunakan tandas di situ perlu membayar kupon dan mengambil kunci di kaunter," katanya ketika dihubungi mStar Online Jumaat lalu.

Tags / Kata Kunci: kupon tandas , Shell

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan