Hari Keputeraan Raja Perlis Dipinda 17 Julai - Berita Semasa | mStar

Hari Keputeraan Raja Perlis Dipinda 17 Julai

Diterbitkan: Sabtu, 2 Disember 2017 2:25 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR:Hari Keputeraan Rasmi Raja Perlis yang disambut pada 17 Mei setiap tahun, telah dipinda kepada 17 Julai pada 2018 hingga 2021.

Menurut surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) Perlis, pindaan itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Kerajaan negeri membuat keputusan untuk meminda tarikh berkenaan (17 Mei) kerana ia jatuh sama ada pada Ramadan atau awal Aidilfitri,” demikian menurut surat tersebut.

Surat yang ditandatangani setiausaha Dewan Undangan Negeriitu diedarkan kepada  semua anggota Exco, wakil rakyat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta.  -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Raja Perlis
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan