Usul Tak Perlu Tanding Dua Jawatan Tertinggi Umno - Nazri

Diterbitkan: Sabtu, 25 November 2017 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Padang Rengas dijangka membentangkan usul pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan datang untuk memastikan dua jawatan tertinggi dalam parti kekal tidak bertanding.

Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, usul tersebut bertujuan untuk memastikan perpaduan dalam parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ia adalah resolusi yang dikemukakan bahagian saya, dan kita mahu ia dibahaskan dan diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno.

"Ini untuk memastikan tidak ada perpecahan dalam parti," katanya kepada The Star dalam temuramah eksklusif di sini, baru-baru ini.

Nazri berkata, jika kedua-dua jawatan tertinggi (presiden dan timbalan presiden) dipertandingkan, ia boleh mengalihkan perhatian ahli-ahli Umno daripada menumpukan kepada PRU-14.

"Kita tidak mahu ia berlaku dan itulah sebabnya kita mahu dua jawatan tertinggi diputuskan sekarang, supaya kita akan bersatu apabila menghadapi pilihan raya nanti," katanya.

Pemilihan parti sepatutnya diadakan pada tahun lalu, ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan parti melakukan persiapan untuk pilihan raya umum.

Umno diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden, tetapi jawatan timbalan presiden masih kosong sejak Umno menggantungkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan itu pada Februari tahun lalu.

Parti memecat Muhyiddin dan kemudian jawatannya sebagai timbalan perdana menteri selepas empat bulan, dan naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik majlis tertinggi untuk menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan