RM11 Juta Ditemui Dalam Serbuan Di Sabah - Berita Semasa | mStar

RM11 Juta Ditemui Dalam Serbuan Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 8:17 PM

wang

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sabah menemui sejumlah wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM11 juta dalam Op Gegar di Kota Kinabalu, Sabah, pagi Jumaat.

Jumlah tersebut dijumpai di dua lokasi berbeza iaitu di sebuah bilik hotel dan di pangsapuri sekitar Kota Kinabalu.

Op Gegar tersebut diadakan selepas Imigresen menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, dalam serbuan pertama, pihak berkuasa berjaya menemui sejumlah wang mencecah jutaan ringgit dan susulan daripadanya, sebuah pangsapuri lagi diserbu dan turut ditemui jumlah wang jutaan ringgit.

“Hasil serbuan itu, wang tersebut dianggarkan berjumlah RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini," katanya yang dipetik daripada laporan Astro Awani.

Dalam pada itu, Imigresen Sabah dijangka akan membuat satu sidang media berkenaan kes terbabit pada petang ini. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: serbuan , JIM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan