Lapan Pengawal Keselamatan Asing Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 9:07 AM

Seorang pengawal keselamatan diperiksa oleh pegawai imigresen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai lapan pengawal keselamatan warga asing ditahan di Subang Jaya dekat sini dalam satu operasi penguatkuasaan pada Rabu.

Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Tajul Azahar Ahmad.

Tajul berkata, operasi yang bermula pukul 10.30 pagi itu melibatkan sembilan pegawai imigresen dan empat pegawai KDN di USJ17 dan USJ18, berdasarkan risikan termasuk aduan daripada penduduk setempat.

“Dalam operasi tersebut, seramai sembilan pengawal keselamatan warga asing diperiksa dan lapan daripada mereka ditahan kerana melakukan kesalahan.

“Mereka yang ditahan adalah enam warga Nepal, seorang warga India, manakala seorang lagi dari Filipina,” katanya kepada mStar Online.

Tajul berkata, mereka ditahan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas atau permit yang sah.

“Kesemua mereka yang ditahan dihantar ke depot tahanan imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tajul (kanan, baju merah) sedang membuat pemeriksaan di pondok pengawal.

Menurut Tajul, penduduk setempat membuat aduan bagi memastikan terdapat jaminan keselamatan di kawasan kejiranan mereka.

Beliau menambah, penduduk juga mahu memastikan syarikat yang menyediakan khidmat pengawal keselamatan itu mendapat lesen yang berdaftar dengan KDN.

“Ia termasuk pengawal keselamatan yang mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini,” ujar Tajul.

Beberapa operasi Jabatan Imigresen telah dilakukan di Subang Jaya sebelum ini termasuk penahanan empat pengawal keselamatan warga Nepal di USJ1 pada Julai lalu.

Jabatan Imigresen menahan seramai 766 pengawal keselamatan warga asing tanpa permit kerja yang sah dan 13 majikan dari 2015 hingga Jun tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 1,556 orang diperiksa dalam 379 operasi yang memberi tumpuan terhadap pengawal keselamatan warga asing.

Dari 766 orang yang ditahan, seramai 342 adalah warganegara Nepal, Pakistan (185), India (78), Indonesia (78) dan selebihnya adalah lain-lain warganegara.

Tags / Kata Kunci: Pengawal keselamatan , Warga Asing

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan