Gangguan Bekalan Air Di Sepang, Kuala Langat

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 3:26 PM

catuan
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan  mengalami gangguan bekalan air sementara pada Selasa dan Rabu depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan pada Jumaat berkata gangguan bekalan air selama 21 jam itu dijadualkan bermula pukul 8 malam, Selasa hingga 5 petang keesokannya.

Masalah itu berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di kolam air Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terlibat,” katanya.

Antara kawasan yang terjejas di Sepang ialah Pekan Dengkil, Taman Mesra Dengkil, Pusat Perdagangan Deluxe, Dengkil, Mahkamah Sepang, Mahkamah Syariah Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Taman Salak Perdana, Ladang Teluk Merbau dan Kampung Sepang Kecil.

Di Kuala Langat, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Tali Air, Taman Kanchong Laut, Taman Pelangi, Taman Desa Permatang Jaya, Ladang Bedford, Taman D'Menara,  Kampung Batu Laut, Ladang Batu, Taman Langat Utama, Taman Sri Sawah, Kampung Chodoi dan Jalan Raba Banting.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh merujuk laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk sebarang maklumat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syabas

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan