Bukan Semua Dron Perlu Kelulusan DCA

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 6:37 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata orang awam yang mengendalikan dron tidak melebihi berat 20 kilogram boleh menerbangkan UAV itu tanpa kelulusan DCA selagi “pengendali berpuas hati bahawa dron dapat diterbangkan dengan selamat.”

"Walau bagaimanapun, semua jenis dron tidak dibenarkan terbang di ruang udara Kelas A, B, C atau G dan di sekitar lapangan terbang melainkan dibenarkan oleh DCA,” katanya dalam klenyataan pada Jumaat ketika mengulas sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘Drone Wings To Be Clipped', Khamis.

Menurut artikel itu, DCA sedang menubuhkan sebuah unit penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dron yang tidak berdaftar.

Unit berkenaan, yang akan ditempatkan di kesemua 21 lapangan terbang di negara ini, dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Artikel itu menyebut unit penguatkuasaan itu diperkenalkan kerana ramai pemilik dron tidak sedar bahawa aktiviti menerbangkan dron di luar rumah mereka adalah haram.

Azharuddin berkata DCA kini sedang menjalani kajian menyeluruh tentang kemungkinan menubuhkan unit penguatkuasaan bagi tujuan keselamatan penerbangan awam serta kemungkinan mendaftar dron jenis tertentu.

"Tidak ada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan DCA akan memberikan maklumat terkini dan pengumuman akan dibuat setelah keputusan telah dicapai,” katanya.

Menurut artikel itu, DCA merancang untuk mengetatkan kawalan terhadap aktiviti dron dengan menjadikannya wajib bagi pemilik mendaftarkan peranti tersebut.

Laporan itu juga menyebut DCA mencadangkan yuran pendaftar sekali sebanyak RM800 dan yuran pembaharuan sebanyak RM500 untuk tahun berikutnya untuk pemilik dron.

Azharuddin berkata tiada caj yang dikenakan terhadap semua jenis dron.

“Bagaimanapun, caj mungkin dikenakan pada jenis-jenis dron tertentu atau digunakan untuk tujuan kerja-kerja tinjauan udara bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khusus,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dron , DCA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan