Bakal Pengantin Dapat Balik Belanja Majlis Kahwin?

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 9:12 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 pasangan yang sudah menempah dan mengesahkan pakej perkahwinan antara November tahun ini hingga Disember 2018 di Sunway Putra Hotel berpeluang mendapatkan bayaran balik penuh perbelanjaan majlis perkahwinan mereka pada 2018.

Kempen ‘Full Refund Wedding' ini dilancarkan pada Khamis yang mana pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan berpeluang untuk dipilih secara rawak dan layak menyertai kempen ini.

Pengurus Besar Hotel Sunway Putra, Micheal Monks berkata, inisiatif ini bagi mengiktiraf kepentingan perkahwinan dalam kehidupan pasangan serta susah payah mereka merancang sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.

“Banyak pasangan mengambil masa berbulan-bulan dan kadang-kadang bertahun-tahun untuk membayar balik perbelanjaan perkahwinan mereka sebaik selesai majlis.

“Oleh itu, kami mahu mereka yang terpilih untuk menikmati perkahwinan mereka dengan pakej perkahwinan yang disediakan tanpa perlu memikirkan beban kewangan,” katanya sebelum melancarkan kempen itu di sini, Khamis.

Setiap empat pakej perkahwinan yang disediakan mempunyai tema yang berbeza, menawarkan komplimentari satu malam di Suit Pengantin termasuk minuman dan sarapan pagi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kahwin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan