Kargo Tergelincir, Perkhidmatan Kereta Api Terjejas

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan kereta api membabitkan beberapa destinasi sekitar Lembah Klang mengalami gangguan susulan insiden kereta api kargo tergelincir di Stesen Bank Negara, kira-kira pukul 2.58 pagi Khamis.

Susulan insiden itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya pada Khamis memaklumkan, tiada perkhidmatan kereta api melalui stesen KL; Bank Negara; Putra dan Segambut.

Menurut KTMB, insiden itu turut menyebabkan operasi perkhidmatan komuter terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim-Kepong; Pelabuhan Klang-KL Sentral; Tampin/Seremban-KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

"Penumpang dinasihat menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

"Mohon maaf di atas kesulitan ini," katanya.

KTMB berkata, penumpang yang menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula dibawa dari dan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum menyambung perjalanan dengan ETS ke destinasi seterusnya.

Katanya, bagi penumpang dari dan ke laluan Batu Caves-KL Sentral-Sentul, perkhidmatan bas disediakan di hadapan stesen Sentul dan KL Sentral.

"Bas menunggu di hadapan stesen Sentul dan di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum," katanya.

KTMB berkata kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan dan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk perkhidmatan kembali seperti biasa.

"Sebarang perkembangan terkini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Tags / Kata Kunci: KTMB , kargo tergelincir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan