“Pelekat Sudah Boleh Diambil”

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyediakan pelekat orang kelainan upaya (OKU) buat wanita yang tayar keretanya dikapit (clamp) ketika membawa ibunya yang berkerusi roda ke bank.

Namun, wanita tersebut masih perlu melengkapkan beberapa dokumen dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai seorang penjaga kepada OKU, kata Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Ibu wanita tersebut dipercayai mengalami strok baru-baru ini dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Pada Isnin, sebuah video menunjukkan tayar kereta seorang wanita yang tidak dikenali telah dikapit selepas meletakkan kenderaan itu di ruang letak kereta yang dikhaskan buat golongan OKU.

Rata-rata netizen berasa marah terhadap tindakan undang-undang trafik yang dijalankan oleh MBPP kerana menganggapnya tidak patut berlaku.

Ketika sidang media yang diadakan pada Selasa, Maimunah menunjukkan kepada para pemberita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak MBPP bahawa wanita terbabit telah meletakkan kenderaan tersebut di tempat letak kereta itu selama dua jam.

"Kami dapat tahu dia telah datang untuk bertanya cara mendapatkan pelekat OKU pada Isnin selepas tayar keretanya diapit.

"Jadi, kami sudah menyediakan pelekat untuk wanita tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: MBPP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan