Penipu, Bukan Pembantu Tian Chua

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 8:14 AM

(Ubah saiz teks)

Eksklusif

MELAKA: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua dituduh memalsukan surat kuasa untuk menjual keahlian dan lambang palsu yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai seorang kerabat diraja.

Lelaki itu telah mengedarkan kad nama menggambarkan dirinya sebagai pembantu Tian Chua dan juga bekas pembantu menteri besar Selangor malah dipercayai adalah ketua untuk sindiket tersebut.

Walau bagaimanapun, Tian Chua menafikan dakwaan lelaki itu.


Lelaki itu dilaporkan menerima wang daripada beberapa individu sebagai "yuran pendaftaran" untuk keahlian dalam persatuan, yang dikenali sebagai Pertubuhan Kerabat Perdana Malaysia atau Persekutuan GKP Antarabangsa Diraja.

Presiden Bersekutu,  Tunku Maulay Idris Hussain Tunku Faisal berkata, tidak ada sebarang pemberian kuasa untuk lelaki itu atau pun orang lain.

"Kami difahamkan terdapat beberapa kereta mewah di negeri utara mempunyai lambang yang dilekatkan pada plat pendaftaran mereka.

"Kami juga menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai satu acara turut diadakan di atas kapal layar dengan menyalahgunakan nama persatuan kami.

"Kami juga mendapat senarai resit beberapa transaksi berjumlah RM5,000 setiap satu telah dimasukkan ke dalam akaun di bawah nama 'Perkhidmatan Batu Jinjang' sejak awal tahun ini," katanya.

Tunku Maulay turut menunjukkan beberapa keping gambar kereta kepada The Star yang mempunyai lambang serta gambar acara di atas kapal layar di Pulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: Tipu , Kehalian Palsu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan