“Bawa Daging Tu Ke Pejabat” - KPDNKK - Berita Semasa | mStar

“Bawa Daging Tu Ke Pejabat” - KPDNKK

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suri rumah yang mendakwa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi sehingga ia tular di media sosial disarankan membawa sampel daging tersebut kepada pihak berkuasa untuk membuat pengesahan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohd Yusof Wan Taib mengesahkan telah menerima aduan yang dibuat oleh pengadu.

Beliau berkata, sampel daging itu bertujuan untuk diuji bagi menentukan sama ia benar-benar daging babi atau tidak.

“Kita telah menerima aduan daripada pengadu dan meneliti perkara ini.

"Bagaimanapun, kita minta pengadu datang ke pejabat kita di Kuala Lumpur membawa sampel daging tersebut untuk diperiksa oleh pakar berkaitan bagi tujuan pengesahan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Daging Babi: “Saya Tak Salahkan Sesiapa”

Posting yang dimuat naik Mazliana di Facebook, pagi Isnin.

Pada Isnin, hasrat pengadu, Mazliana Abdul Manap, 35, untuk menyediakan asam pedas daging sebagai hidangan makan tengah hari terbantut apabila dia khuatir daging tersebut adalah daging babi.

Katanya, dia was-was melihat warna dan tekstur daging yang didakwa dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas tidak seperti daging lembu biasa yang pernah dibeli sebelum ini.

Wan Mohd Yusof berkata, pengadu juga diminta memberi keterangan dan dokumen berkaitan seperti resit pembelian daging berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa kita akan menjalankan siasatan dan ia akan turut melibatkan pemeriksaan di lokasi seperti yang didakwa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta pengadu supaya membawa sampel daging berkenaan dan butiran pembeliannya seperti tarikh, waktu dan lokasi termasuk maklumat mengenai peniaga yang menjualnya.

“Bagus kalau ada rasa was-was tetapi perlu berhubung dengan pihak berkuasa termasuk PPIM agar apa yang didakwa itu boleh disahkan.

“Jika dakwaan itu benar, kita dan pihak berkuasa boleh ambil tindakan yang sewajarnya,” kata Nadzim sambil menambah gesaan memboikot juga boleh dibuat sebagai pengajaran kerana didapati menjual daging babi kepada pengguna beragama Islam.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan