‘Kembalikan Semula Sekolah Medium Inggeris’

Diterbitkan: Isnin, 20 November 2017 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Lapan daripada sepuluh rakyat Johor  mahu sekolah kerajaan medium Inggeris dan konsep 'Satu Sekolah Untuk Semua'  dikembali semula, jelas satu kaji selidik.

Menurut kaji selidik yang diterbitkan oleh Institut Iseas-Yusof Ishak di Singapura yang bertajuk "Tinjauan Johor 2017: Pandangan Tentang Identiti, Pendidikan dan Keluarga Diraja Johor", 82 peratus responden menyokong langkah membawa pulang sekolah bahasa Inggeris.

Kajian menunjukkan bahawa sokongan adalah kukuh dari segi segmen demografi, walaupun antara responden Melayu dan luar bandar yang pada masa lalu tidak menyokong dasar untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Hanya 18 peratus daripada responden yang tidak bersetuju.Bagi konsep 'Satu Sekolah Untuk Semua', tinjauan menunjukkan bahawa terdapat sokongan yang kuat di kalangan responden Cina dan India.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dalam wawancara eksklusif dengan The Star sebelum ini memberitahu bahawa tahap bahasa Inggeris di kalangan rakyat semakin merosot dan perlu melakukan sesuatu.

Sultan Ibrahim merasakan bahawa ada keperluan untuk mempunyai satu sistem pendidikan aliran dan bukannya seperti tiga jenis sekolah yang ada sekarang  iaitu kebangsaan, Cina dan Tamil.

Kira-kira 2,011 responden dari pelbagai kumpulan peringkat umur melebihi 18 tahun mengambil bahagian dalam kaji selidik itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan