Buli: Perlu Dengar Suara Kanak-Kanak

Diterbitkan: Isnin, 20 November 2017 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir tujuh daripada setiap sepuluh kanak-kanak di Malaysia bimbang mengenai perbuatan membuli, menurut tinjauan global baharu yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada Ahad.

Di Jepun, perbandingannya ialah hanya tiga daripada setiap 10 kanak-kanak berasa bimbang dan di United Kingdom, hampir empat daripada setiap 10 kanak-kanak.

Unicef dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak di Malaysian juga sangat bimbang mengenai isu-isu global yang lain seperti keganasan terhadap kanak-kanak (64 peratus) dan keganasan (60 peratus) sementara isu utama unbtuk pemimpin dunia membetri tumpuan ialah pendidikan untuk golongan miskin (17 peratus), kemiskinan dan keganasan (15 peratus).

Tinjauan perbandingan itu melibatkan 11,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 9 dan 18 tahun di 14 negara dari semua rantau di seluruh dunia termasuk Malaysia, Brazil, Mesir, Amerika Syarikat dan India.


“Tinjauan Unicef secara global mengulang dapatan dari tinjauan pendapat Children4Change yang dijalankan di Malaysia dari segi kebimbangan dan keutamaan kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Unicef melahirkan harapan bahawa Hari Kanak-kanak Sedunia akan memberi inspirasi kepada kerajaan, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia untuk kanak-kanak menyuarakan perkara-perkara penting serta mengambil kira pendapat mereka dalam proses membuat keputusan yang melibatkan mereka.

Kira-kira 30 kanak-kanak dari pelbagai latar belakang akan menerajui media tempatan dengan mengendalikan pelbagai program hari ini untuk membolehkan suara mereka didengar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.

Ditubuhkan secara rasmi pada 20 Nov, 1989, Hari Kanak-kanak Sedunia menandakan hari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak pada 1959 dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 1989.

Tags / Kata Kunci: Buli , Kanak-Kanak , Unicef

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan