CAP Dakwa Harga Ikan, Sayur Naik 300 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 20 November 2017 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang didakwanya meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata dilaporkan pada Rabu lepas, kenaikan harga dan kekurangan makanan tersebut adalah berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurutnya  harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).

"Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat peningkatan harga itu yang teruk menjejaskan golongan berpendapatan rendah. - Bernama


Tags / Kata Kunci: ikan , sayur , KPDNKK

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan