Bidaan Plat T1M Dibuka Isnin

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 5:40 PM

Najib melihat dengan lebih dekat salah sebuah kereta 'drift' seorang peserta semasa meluangkan masa meninjau Kejohanan 'Salute Malaysia Drift Challenge' di Indrapura Karting Circuit pada Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan nombor pendaftaran kenderaan khas T1M atau Transformasi 1Malaysia, diilhamkan daripada aspirasi Nasional 2015 yang diperkenalkan beliau.

Najib yang hadir menyaksikan pertandingan ‘Salute Malaysia Drift Challenge 2017' di Indrapura Karting Circuit di sini Ahad, turut menerima nombor pendaftaran T1M 11, selaku penghargaan kepada beliau sebagai bapa transformasi negara.

Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia Helmi Yusof berkata penjualan nombor pendaftaran itu telah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan.

"Pihak kami akan menguruskan penjualan nombor pendaftaran itu dan hasilnya akan diguna untuk melaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

"Bidaan akan dibuka secara rasmi esok (20 November) sehingga 20 Disember depan bermula daripada T1M 1 hingga T1M 1,000. Mereka yang berjaya membida perlu membuat pendaftaran di pejabat JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2018," katanya.

Helmi menambah mereka yang mahu mendapatkan borang atau maklumat lanjut berhubung penjualan nombor pendaftaran itu boleh melayari laman web www.platt1m.com. - Bernama

Tags / Kata Kunci: T1M , Transformasi 1Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan