Jambatan Ketiga Klang Sempena Nama Putera Sultan Selangor

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 2:54 PM

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mengabadikan kenangan selepas merasmikan jambatan ketiga Klang yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad berkenan menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan jambatan berkenaan pada Ahad.Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pembinaan jambatan sepanjang 2.5 kilometer merentasi Sungai Klang dari persimpangan Sungai Udang dan berakhir di Tanjung Syawal itu adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyuraikan trafik sekitar Klang.

Ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada Jun lepas.

Jambatan itu dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.

Raja Muda Nala, adalah putera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.

Apabila Sultan Sallehuddin mangkat pada tahun 1778, putera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah.

Baginda kemudian melantik pula adinda baginda, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jambatan Raja Muda Nala

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan