Zahid Pula Lawat Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 5:52 PM

Zahid (duduk, kanan) bersama isteri, Hamidah menziarah Anwar di HKL pada Sabtu. Turut serta dua anak perempuan Anwar, Nurul Ilham (kiri) dan Nurul Nuha (dua, kiri).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya pula menyusul melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis menziarah bekas ketua pembangkang itu pada Sabtu.

"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh," kata Ahmad Zahid di akaun Twitternya pada petang Sabtu.

Bersama tweet tersebut Ahmad Zahid turut memuat naik gambarnya dan Hamidah bersama Anwar serta dua anak perempuannya, Nurul Nuha dan Nurul Iham.

Menerusi gambar berkenaan, Ahmad Zahid dan Anwar dilihat bersentuhan tangan.

Najib (dua, kanan) dan Rosmah (kanan) melawat Anwar (dua, kiri) di HKL pada Jumaat. Turut serta Wan Azizah (kiri)

Dalam pada itu, gambar yang sama dimuat naik di halaman Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut status tersebut yang ditulis mewakili keluarga Anwar, Wan Azizah tidak dapat turut serta untuk bersama suami dan anak-anaknya kerana terlibat dengan program Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuantan.

"Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah mengunjungi ayah kami di HKL petang ini dan disambut oleh Nurul Nuha dan Nurul Ilham kerana ibu kami meneruskan program Keadilan di Kuantan. 

"TPM bertanyakan kesihatan dan rawatan susulan. Ayah kami mengulangi penghargaan kepada pihak hospital dan Jabatan Penjara yang membantu mengurus rawatan beliau," menurut status tersebut.

Pada Jumaat, Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar yang baru menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya pada minggu lalu.

Anwar kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan