“Kami Bukan Orang Bangladesh, Indonesia”

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 9:00 AM

Gambar sebuah kedai yang diusahakan peniaga tempatan didakwa sebagai premis warga asing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua beranak warga tempatan berang apabila sebuah kedai yang diusahakan mereka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur didakwa disewakan kepada warga asing.

Perkara itu sampai ke pengetahuan mereka apabila sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.

Mereka kesal apabila laporan tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.

Afiqah Ismail, 29, yang menafikan dakwaan itu berkata, dia bersama ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.

'Posting' seorang peniaga tempatan yang berang di laman sosialnya.

Dia yang dilahirkan di Kluang, Johor dan ibunya yang berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?

“Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang berniaga di premis sendiri tanpa ada staf lain,” katanya.

Keadaan terkini kedai yang diusahakan Afiqah bersama ibunya.


Menurut Afiqah, kesilapan tersebut boleh menjejaskan perniagaan mereka yang sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita. 

“Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga,” tegasnya.

Sehubungan itu, Afiqah menggesa akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.

“Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan