Pembelian Hotel Di London, SPRM Dapatkan MLA

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 2:47 PM

Dzulkifli Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) dari United Kingdom berkenaan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, permohonan tersebut akan dilakukan menerusi Jabatan Peguam Negara.

"Berkenaan pembelian hotel di London mungkin itu mengambil sedikit masa malah, kita juga telah berkomunikasi untuk dapatkan dan membuat permohonan bantuan MLA dengan pihak United Kingdom.

"Kita akan buat permohonan melalui Jabatan Peguam Negara dan insya-Allah permohonan tersebut kita akan buat untuk dapatkan keterangan-keterangan yang berada di London selepas itu barulah kita boleh lengkapkan siasatan melibatkan pembelian hotel di United Kingdom," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (Pemarah) Borneo 3.0 di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, Sabtu.

Mengulas mengenai pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Dzulkifli berkata siasatan kes itu berada pada peringkat akhir.

Sementara itu, berkenaan senarai kementerian paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa, Dzulkifli berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Itu dalam proses penambahbaikan kita akan melihat terlebih dahulu perkara tersebut.

"Saya akan berbincang dengan ketua setiausaha negara tentang perkara itu, barulah kita akan mengambil tindakan seterusnya," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , FIC

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan