Ikan Gergasi Gemparkan Netizen

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang nelayan di pinggir pantai Mukah berjaya menangkap seekor ikan mola-mola gergasi seberat 60 kilogram yang menarik perhatian netizen selepas gambar tersebut tular di media sosial.

Pemandu teksi, Joseph Sakai yang berkongsi gambar itu berkata seorang nelayan tua yang tidak dikenali menangkap ikan luar biasa tersebut kira-kira pukul 5.20 petang Khamis.

"Berat ikan itu kira-kira 60 kg. Beberapa individu terpaksa mengangkat ikan itu dari bot untuk dibawa ke pasar ikan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Namun, ikan dari spesies jarang ditemui itu dilepaskan semula ke laut.


Gambar ikan tersebut menjadi tular selepas netizen tertanya-tanya mengenai nama spesies ikan berkenaan.

Namun tiada siapa yang mengetahui nama ikan tersebut.

"Seorang pengguna berjaya memberikan nama ikan tersebut," katanya.

Ikan gergasi itu dikenali sebagai ikan mola-mola.

Ia dikatakan sebagai ikan tulang paling berat di dunia dan dijumpai di perairan tropika serta bersuhu sederhana.

Tags / Kata Kunci: ikan mola-mola

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan