Serpihan Stesen Angkasa China, Rakyat Tak Perlu Gusar

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 5:12 PM

Gambar hiasan Stesen Angkasa China Tiangong-1 Foto: Xinhua/Zha Chunming.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak perlu gusar berhubung kemungkinan serpihan Stesen Angkasa China Tiangong-1 milik China, yang kini di luar kawalan, akan mengenai muka bumi negara ini apabila ia kembali memasuki orbit bumi antara Januari hingga Mac tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) mengenai langkah berjaga-jaga untuk menangani serpihan asing sekiranya ia memasuki ruang angkasa negara ini.

“Apakah langkah-langkah kita untuk pastikan kita dapat menangani pelbagai cabaran, dan kewujudan serpihan angkasa…saya katakan kita ada SOP untuk tangani perkara ini dan tidak perlu ada kerisauan pihak awam tentang risiko,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin mengetahui status terkini stesen angkasa berkenaan, serta langkah-langkah yang kementerian akan laksanakan sekiranya ia memasuki orbit bumi.

Beberapa media tempatan dan antarabangsa hari ini melaporkan stesen berkenaan, yang tidak lagi mempunyai pengendali (unmanned) sejak 2013, kini berada di luar kawalan China.

Laporan itu menyebut bahawa pihak berkuasa China sedang bekerja rapat dengan agensi angkasa negara, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengenal pasti titik hentaman dengan tepat serta mengeluarkan amaran awal sekiranya risiko lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa)  mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan untuk serpihan daripada stesen itu jatuh dalam Malaysia adalah rendah.

Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad dilaporkan berkata kebarangkalian Kuala Lumpur untuk menjadi tempat jatuhnya serpihan itu adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus, manakala kebarangkalian untuk Malaysia secara keseluruhan pula ialah 0.09 peratus selepas mengambil kira keseluruhan keluasan negara iaitu 329,960.22 kilometer persegi.

Bagaimanapun, Madius berkata, Angkasa akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dengan lebih teliti apabila tiba masanya, dan pemakluman lanjut kepada awam akan dilakukan sekiranya dirasakan perlu.Persidangan dewan bersambung pada Isnin. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Serpihan stesen , angkasa , China

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan