‘Agih Kondom’ Dianggap Khidmat Masyarakat?

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 1:30 PM

Terdapat pihak yang ingin memberikan kondom secara percuma sebanyak 500 pek bagi membendung gejala pembuangan bayi. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gejala seks bebas sehingga menyebabkan kadar kes pembuangan bayi meningkat di negara ini mencetuskan idea kepada segelintir individu untuk membendungnya dengan cara yang 'sukar diterima akal'.

Cadangan untuk mengagihkan kondom secara percuma kepada orang ramai seperti yang disuarakan di laman Facebook mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa tindakan itu hanya akan menggalakkan perbuatan zina dan menjadikan aktiviti maksiat semakin berleluasa.

'Posting' tersebut yang dimuat naik oleh pengendali sebuah laman Facebook popular di Kelantan mendapat tentangan rakyat di negeri itu sendiri kerana bersetuju bahawa 'khidmat masyarakat' yang dilakukannya hanya akan mengeruhkan keadaan.

'Posting' peengagihan sebanyak 500 pek kondom yang mencetuskan kontroversi di Facebook.


Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Namun, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa kondom kini mudah didapati di kebanyakan kedai serbaneka sekiranya ia tidak diedarkan secara percuma.

Sementara itu, penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat berkata, matlamat 'baik' tidak pernah menghalalkan cara biar apa sekali pun alasan yang diberikan.

"Bayangkan kalau kondom itu sampai ke tangan perogol? Apa yang akan dia buat? Dia lagi suka bila dapat kondom, nanti mangsa tidak akan mengandung.

"Itukah yang dimahukan oleh individu itu? Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk membendung masalah pembuangan bayi," katanya dengan nada marah.

Jelas pakar motivasi sensasi yang cukup popular dengan panggilan Syamsul Debat itu lagi, masalah pembuangan bayi bukan berpunca daripada hubungan seks di luar nikah yang tidak menggunakan kondom semata-mata, namun terdapat pelbagai faktor lain.

Syamsul Debat.

"Tak semestinya mereka yang mengandung luar nikah sahaja yang buang bayi, ada juga kes melibatkan pasangan yang sudah berkahwin.

"Ini isu sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan," kata beliau.

Personaliti dakwah itu berkata, langkah pencegahan adalah lebih murah harganya berbanding tindakan tidak bermoral itu.

Menurut Syamsul Debat, pendidikan seks kepada golongan kanak-kanak dan remaja tentang natijah amalan seks bebas terhadap masa depan mereka adalah lebih baik berbanding pemberian kondom kepada orang ramai.

Tags / Kata Kunci: Syamsul Debat , kondom percuma

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan