Mangsa Bunuh: Jasad Tiga Sekeluarga Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 7:28 PM

Tiga beranak dibunuh 15 November lalu.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Mayat tiga beranak yang dibunuh kejam di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, pada Rabu lepas, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Merabang pada Jumaat.

Kira-kira 200 anggota keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung turut mengiringi jasad kesemua mangsa iaitu mendiang Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, ke tanah perkuburan berkenaan.

Turut hadir di upacara pengebumian pukul 12.25 tengah hari itu ialah tiga anak mendiang iaitu anak sulung, Kha Xing Fei, 19, Kha Xing Rhuu, 15, dan Kha Xiang Shyen, 8.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi berkata suspek kes pembunuhan tersebut kemungkinan sudah melarikan diri ke negara jiran.

Katanya polis akan meneruskan siasatan termasuk mendapatkan maklumat dan bantuan daripada polis Thailand bagi menahan suspek.

Beliau berkata polis sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh Wang@Pot, 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Katanya dendam disyaki menjadi motif pembunuhan tersebut.- Bernama

Tags / Kata Kunci: tiga sekeluarga , bunuh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan