EGM Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tidak Sah - ROS - Berita Semasa | mStar

EGM Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tidak Sah - ROS

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 9:01 PM

Surayati Ibrahim. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan pada 2 November tahun lalu.

Ia disebabkan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.

"ROS telah meneliti minit '2016 EGM' dan mendapati hanya 12 anggota dewan tertinggi yang hadir," jelas  Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.

"Oleh itu, ia tidak diiktiraf sebagai EGM atau AGM (Mesyuarat Agung Tahunan), dan parti itu belum mengadakannya sejak ditubuhkan.

"Ini bermakna  sehingga hari ini, parti itu telah tidak menganjurkan mana-mana EGM atau AGM.

"Kenyataan media yang dibuat oleh setiausaha agung parti mendakwa bahawa ia menganjurkan EGM pada 2 November 2016, tetapi hakikatnya itu hanya mesyuarat majlis tertinggi dan bukan EGM," jelasnya.

Menurut Surayati, Fasal 28, yang merujuk kepada pindaan perlembagaan Pribumi, menyatakan bahawa "sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM".

Surayati juga menekankan pentingnya mematuhi undang-undang dan mana-mana perlembagaan parti politik masing-masing.

"Kepimpinan parti mesti tahu bahawa perlembagaan parti serta undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat adalah perkara yang serius.

"Pada tahun 1988, Umno diisytiharkan melanggar undang-undang kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan," katanya.

Surayati juga mengatakan bahawa Pribumi tidak boleh menggunakan istilah "Armada" untuk merujuk kepada sayap pemuda kerana tidak dinyatakan dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata, ROS menyedari isu ini selepas menerima aduan dari beberapa ahli exco yang dipecat.

"Apabila menyedari bahawa 'Armada' tidak wujud dalam perlembagaan parti, ahli-ahli yang dipecat berasa ditipu oleh parti itu. Kami menerima aduan dari 33 ahli mengenai perkara ini.

"Istilah 'Armada' adalah haram dan tidak diiktiraf oleh ROS, dan penggunaannya adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada tindakan yang serius terhadap parti, termasuk pembatalan pendaftaran," katanya.

Setiausaha Agung Pribumi Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah dipanggil ke ROS awal minggu ini untuk memberi maklum balas terhadap aduan tersebut.

Tags / Kata Kunci: PPBM , ROS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan