“Dahlah Fitnah, Bodoh Pula”

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 11:56 AM

Ahmad Maslan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di Twitternya pada Jumaat turut memuat naik info grafik berhubung dakwaan tersebut.

Walaupun harga minyak bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya, tetapi Ahmad menafikan kenaikan harga minyak ditentukan kerajaan.

“Info grafik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 

“Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan,” katanya di laman sosial.

Kenyataan Ahmad menafikan dakwaan terhadap beliau di Twitter.

Sehubungan itu, Ahmad dalam kenyataan berasingan di Twitter memberitahu, beliau telah memaklumkan mengenai dakwaan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan.

“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis. Kita mesti perangi fitnah media sosial, semak sebelum sebar dan fikir sebelum tular. 

“Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan,” katanya. 

Rabu lalu, harga runcit minyak petrol dan diesel diumumkan naik lima hingga tujuh sen dalam tempoh seminggu.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), peningkatan itu menjadikan harga semasa RON97 adalah pada harga RM2.66 berbanding RM2.60; manakala RON95 pada harga RM2.38 berbanding RM2.31 sebelum ini.

Sementara itu, harga semasa diesel pula meningkat pada RM2.25 sen berbanding RM2.20 sebelumnya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , minyak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan