Cuai Punca CIMB Hilang Pita Data - Fuzi

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 November adalah disebabkan kecuaian kakitangan bank itu dan tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan pita berkenaan dibuat pihak bank pada hari kejadian itu disedari berlaku di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Isu ini membabitkan masalah dalaman CIMB dan mereka juga sudah mengambil langkah keselamatan yang perlu serta mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Jika mereka perlukan bantuan polis, kita akan bantu dan kes berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan perhimpunan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini, Khamis.

Pada Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.

Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai Pengesahan Kad (CVV).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Fuzi , CIMB

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan