Arwah Suka Bergurau, Manja - Bapa

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 8:10 PM

Md Nasir menyiram air mawar selepas jenazah kedua-dua anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Padang Lalang pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: "Arwah selalu bergurau dengan abangnya dan sangat manja dengan ibunya. Tidak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya."

Demikian kata Md Nasir Jamaludin, 55, bapa kepada mangsa lemas di kolam tadahan di Kampung Padang Lalang, di sini, petang Rabu.

Mangsa, Mohamad Solehuddin, 6, dan kakaknya, Ainnur Batrisyah, 10, ditemukan lemas dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Dia berkata kedua-dua anaknya pergi ke kolam itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka  untuk memancing ikan kerana pada sebelah paginya, ibu mereka, Suhaini Nasuha, 37, memberitahu telah mendapat ikan di kolam itu.

"Mereka begitu bersemangat untuk memancing...selesai sahaja menunaikan solat asar, mereka berdua terus berlari ke kolam tersebut.

"Saya hanya duduk di beranda depan rumah untuk berehat dan sejam kemudian saya pergi ke kolam berkenaan tetapi hanya nampak selipar mereka sahaja," katanya ketika ditemui selepas pengebumian dua beradik itu.

Mayat Ainnur Batrisyah ditemukan pada pukul 6.20 petang manakala Mohamad Solehudin, lima minit kemudian.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Kedua-dua mangsa merupakan anak kedua dan bongsu kepada pasangan Md Nasir dan Suhaini, manakala anak sulung mereka yang berusia 13 tahun sedang belajar di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.

Dua beradik itu dikebumikan di liang lahad berasingan di Tanah Perkuburan Padang Lalang, dekat sini kira-kira pukul 1.02 tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nur Hishamudin Hashim mengesahkan menerima laporan kes mati lemas itu.

"Sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lemas

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan