Wow! Sedapnya

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Video seorang kanak-kanak warga Amerika Syarikat (AS) sedang menikmati makanan kegemaran ramai di Malaysia seperti nasi lemak kini tular.

Menerusi entri terkini menerusi siri Kids Try yang dikongsi laman media sosial Facebook HiHo pada Selasa (14 November), rakaman itu telah mendapat hampir 100,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.

"Saya bersedia untuk melalui pengalaman ini," kata Jayque.

Kanak-kanak itu dihidangkan menu seperti nasi lemak, salah satu sarapan popular di negara ini.

Bagaimanapun, sambal yang pedas adalah cabaran buat kanak-kanak berkenaan.

"Saya sukakan timun...ianya bagus, kecuali rasa yang pedas," kata Crystal yang berambut panjang yang menikmati nasi lemak.

Mereka juga berpeluang menikmati roti canai dengan kari.Bagaimanapun ketika merasai roti canai itu, Jayque berkata: "Saya suka!"


Tetapi dia kurang gemar menikmati roti canai itu dengan kari yang disediakan.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki, Austin pula menunjukkan aksi lucu apabila mengambil roti canai itu dan menjadikannya umpama sayap burung.

Menu seterusnya yang dirasai adalah laksa.

"Daging, telur, daging lagi, labu," kata Crystal.

Sementara itu bagi pencuci mulut pula, kumpulan kanak-kanak itu menjamah apam balik yang dimasak bersama coklat dan kacang mentega.

Seorang kanak-kanak bernama Clara terus berkata:"Wow sedapnya!".

Pada akhir video itu, kanak-kanak itu serentak berturut dalam Bahasa Melayu.

"Selamat Jalan. Terima kasih kerana menonton kami mencuba makanan dari Malaysia," kata Crystal.

Tags / Kata Kunci: Makanan Malaysia , Viral

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan