Lebih 50 Syarikat Terkemuka Elak Bayar Cukai - Irmohizam

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 50 syarikat korporat  terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan di negara ini dikesan mengelak daripada membayar cukai, dakwa Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam (BN-Kuala Selangor) berkata lebih mengejutkan lagi,  20 daripada syarikat terbabit yang telah dikenal pasti dan dinilai, memiliki cukai sebenar yang tidak dibayar berjumlah RM1 bilion.

"Persoalannya, sekiranya syarikat-syarikat korporat gergasi yang dimiliki jutawan turut terlibat dalam pengelakan cukai ini, apatah lagi syarikat-syarikat kecil yang turut terlibat dalam hal ini.

"Justeru itu, saya ingin bertanya apakah mekanisme terbaik yang sedang dirangka oleh pihak kementerian dalam menangani ketirisan pengelak cukai dan sejauh manakah pemantauan dibuat bagi mengatasi masalah ini?," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di peringkat jawatan kuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Rabu.

Dalam pada itu Irmohizam turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada 24 syarikat yang menerima anugerah tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada  CSR Malaysia di atas pembabitan aktif mereka membantu masyarakat menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Justeru itu, bagi menggalakkan lagi penglibatan sektor swasta dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Irmohizam  mencadangkan kerajaan memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang aktif dalam melaksanakan aktiviti CSR.

"Saya turut meminta agar pelepasan cukai ini diberikan kepada syarikat-syarikat kerajaan yang memberi peluang kepada graduan untuk menjalani latihan industri ataupun ‘internship' di syarikat mereka.

"Seterusnya saya ingin mencadangkan agar potongan cukai turut diberikan kepada para atlet OKU atau kepada atlet yang memenangi pingat di peringkat kejohanan antarabangsa bagi menghargai usaha mereka di samping memberikan galakan kepada mereka," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Irmohizam , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan