“Saya Malu Dengan Apa Yang Berlaku”

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal yang tular gara-gara video dirinya diserang oleh sepasang suami isteri baru-baru ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didakwa telah mengaibkan dirinya.

Selain malu, ibu kepada tiga anak itu mendakwa mereka mengalami trauma selepas diserang oleh  pasangan berkenaan yang juga pengasuh anaknya.

Tindakan pasangan suami isteri tersebut yang diibaratkan seperti 'menegakkan benang yang basah' mengundang padah kerana mereka bukan sahaja menafikan dakwaan lalai menjaga anak Rabiah Mohd Salleh, 30, malahan memalukan wanita itu dengan memaki hamun dirinya dan melemparkan kata-kata kesat.

"Dia (suami pengasuh) pandai, lepas dia maki saya dengan kata-kata kesat, barulah dia rakam video mendakwa kononnya saya tidak membayar upah sudah tiga bulan.

"Padahal saya hantar ketiga-tiga anak saya selama lima hari sahaja ke rumah mereka, bukan tiga bulan," dakwanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Status terkini yang dimuat naik oleh Rabiah di laman Facebook miliknya berhubung kes tersebut.

Menurut Rabiah, pasangan berkenaan berang dengan tindakannya memuat naik status berbaur tidak puas hati dengan cara pengasuh menjaga anak-anaknya.

Rabiah mendakwa, dia memuat naik status tersebut hanya selepas pengasuh berkenaan bercerita tentang keruntuhan rumah tangganya kepada rakan Facebook yang juga merupakan kenalannya.

Tambah Rabiah, selepas membuat laporan polis pada Ahad, dia juga telah berjumpa dengan peguam untuk mengambil tindakan saman ke atas pasangan terbabit.

"Selepas mereka mendapat tahu saya ingin saman, mereka ada memberitahu kepada rakan-rakan untuk berbaik semula kerana ingin menutup kes secara baik.

"Tapi saya malu dengan apa yang berlaku, semua orang dah kenal siapa saya. Jadi saya akan teruskan (saman)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: "Tiga-Tiga Salah Sebab Memekik"

Laporan polis yang dibuat oleh Rabiah susulan kejadian 'serangan' oleh pasangan pengasuh tersebut.

Pada Ahad mStar Online melaporkan sepasang suami isteri 'menyerang' seorang wanita di kediamannya kerana berang dengan status yang dimuat naik olehnya ke laman Facebook.

Status yang ditulis Rabiah pada Khamis itu tular selepas dia mendakwa terdapat 'kesan' pada tubuh anaknya selepas dijaga oleh pengasuh l*****.

Susulan status yang dimuat naik itu, pengasuh tersebut dan suaminya bersemuka dengan Rabiah bagi mendapatkan penjelasan tujuan sebenar Rabiah memuat naik status yang didakwa mereka tidak benar.

Menerusi video yang berdurasi 10 minit 44 saat itu, perbalahan antara tiga individu itu dilihat bermula apabila suami pengasuh tersebut mempersoalkan tindakan Rabiah membuat kecoh di Facebook tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Dakwa Rabiah, anaknya yang berusia lapan bulan mengalami lebam-lebam di beberapa bahagian tubuhnya.

Tags / Kata Kunci: viral pengasuh

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan