Sijil Hilang, Musnah Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mangsa banjir yang mengalami masalah kerosakan atau kehilangan sijil peperiksaan disebabkan oleh banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini boleh mendapatkan sijil gantian secara percuma.

Kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bayaran sebanyak RM30 yang dikenakan untuk sijil gantian  akan diketepikan sekiranya mangsa dapat mengemukakan bukti bahawa sijil tersebut musnah atau hilang akibat banjir.

Terdahulu, hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan  ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat pada 4 November lalu yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Susulan kejadian itu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP segera membentangkan usul tergempar di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town.

Kerajaan negeri tersebut turut mengakui kelemahan sistem perparitan di Pulau Pinang antara punca kejadian banjir yang melanda lebih 100 kawasan di kelima-lima daerah di negeri itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan