Rezeki Durian Kampung Selepas Banjir

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 9:27 AM

Hampir semua pemilik dusun di kampung tersebut dapat merasa hasil durian masing-masing. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KAMPUNG GAJAH: Siapa sangka, banjir besar yang berlaku pada 2014 lalu membawa rezeki lumayan kepada pemilik dusun dan penjual durian di tempat ini.

Selepas lebih kurang tiga tahun hadir dengan hasil yang kurang menggalakkan, dusun yang ada tiba-tiba mengeluarkan buah yang tak diduga banyaknya sehingga Kampung Gajah menjadi tumpuan ramai penduduk dari serata Malaysia.

Seorang pemilik dusun, Othman Ali Mohd Hashim, 49, berkata, musim durian pada kali ini nampak menjadi apabila ramai pemilik dusun menerima limpahan rezeki yang tak diduga.

Katanya, hampir semua pemilik dusun di kampung ini dapat merasa hasil durian masing-masing.

“Kawasan ini dah jadi meriah balik sebab ramai orang yang datang beli dari merata tempat sampai buah tak cukup sebab yang beli itu bukan sikit-sikit.

“Bukan itu saja, keluarga yang jauh dan dekat pun datang secara tak langsung dapatlah bersembang sebab ada yang lama tak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, terdapat pelbagai jenis durian kampung di sekitar Pasir Salak termasuklah durian kunyit, durian lumpur dalam, durian tako tambo, durian kaca puri dan durian hybrid seperti D24 dan durian udang merah.

Othman berkata, keenakan durian Pasir Salak tidak dapat menandingi rasa durian hybrid atau cantuman anak pokok kerana lebih berlemak dan bergas sehingga begitu disukai ramai.

“Harga boleh kata murah dan berpatutan kalau nak banding dengan harga buah durian kahwin yang sangat mahal. Di kawasan Pasir Salak ini harga jualan buah durian dari kami kepada peraih sekitar RM7 sekilogram bagi gred A dan RM3 sekilogram bagi gred C.

“Manakala harga jualan peraih atau penjual kepada pembeli antara RM12 hingga RM25 bergantung kepada peraih dan penjual,” katanya.

Tags / Kata Kunci: durian kampung

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan