Beberapa Lagi Kes Rasuah Berprofil Tinggi Disiasat

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 7:00 AM

Dzulkifli Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna  kuasa termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.

Tanpa memberi butiran lanjut, Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

“Kita tunggu lah...jadi orang tertanya-tanya...kalau saya dah bagi tahu, tak saspens...ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana,” katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini Ahad.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.

Dzulkifli berkata, usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang dijalankan agensi itu bukan usaha eksklusif SPRM sahaja tetapi usaha bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru tegasnya, rakyat tidak perlu risau dan takut kerana yang menggeruni SPRM hanyalah mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu.

“Kita memberi jaminan kepada rakyat, bahawa SPRM akan bertindak bagi pihak rakyat…sekiranya terdapat pengkhianatan amanah rakyat tersebut, mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat rasuah dan salah guna kuasa, maka kami di SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan mengheret mereka ke muka pengadilan,” jelasnya.

Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan.

Sementara itu, Dzulkifli berkata keanggotaan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang dilancarkan 1 Ogos lepas kini mencecah 100,000 orang sekali gus membuktikan usaha berterusan agensi itu memerangi rasuah dan salah guna kuasa mendapat sokongan padu seluruh lapisan rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang disifatkan turut bersama dengan agensi itu untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Sebenarnya tanpa media, impak kepada program yang SPRM laksanakan tidak ke mana. Tetapi disebabkan media, maka semua rakyat tahu tentang usaha-usaha yang kita lakukan,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan