Shafie Tetap Abang Tapi Kesetiaan Saya Pada Umno - Yusof - Berita Semasa | mStar

Shafie Tetap Abang Tapi Kesetiaan Saya Pada Umno - Yusof

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 3:53 PM

Mohd Yusof Apdal.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal menolak andaian pihak tertentu bahawa beliau lebih mementingkan politik berbanding ikatan kekeluargaan iaitu hubungan adik dan abang dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Yusof menegaskan hubungan persaudaraan dan perjuangan politik merupakan dua perkara berbeza dan tidak sepatutnya dimanipulasi dengan cara menjadikannya sebagai isu besar.

"Dia (Shafie) tetap abang saya, prinsip perjuangan politik kami berbeza dan saya memilih untuk terus setia pada Umno," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu ketika ditemui pemberita di sini Ahad.

Menurutnya ideologi politik adalah hak individu dan beliau memilih untuk kekal dan bersama dalam perjuangan Umno dan Barisan Nasional kerana yakin parti keramat itu konsisten menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

Dalam pada itu, Yusof terus mengingatkan anggota Umno di bahagian Silam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang sengaja menggunakan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melemahkan perjuangan Umno Silam.

"Anggota Umno dan pengundi perlu melihat perkara ini dari sudut yang positif dan mengaitkan dengan perjuangan politik parti.Kita harus merapatkan barisan dan mengetepikan semua perkara yang boleh mengganggu perjalanan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)," katanya.

Sementara itu, Yusof berkata beliau akan terus menggalas tanggungjawab dan komited melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan itu walaupun baru selesai menjalani rawatan kesihatan.

"Penting bagi saya untuk memastikan rakyat terus yakin terhadap Umno dan BN kerana kerajaan sedia ada ini telah banyak berbakti kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Yusof Apdal , Umno
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan