Pemilihan CEC DAP 2017 Bermula

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sejumlah 62 calon bertanding merebut 20 tempat dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP 2017 di sini Ahad.

Proses pemilihan yang bermula 12 tengah hari itu diadakan susulan surat diterima daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Julai lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

DAP melantik firma audit bebas, Grant Thornton yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk menguruskan pemilihan semula itu.

Pegawai pengurus bagi pemilihan semula CEC, John Lau daripada Grant Thornton mengumumkan senarai calon yang digunakan kali ini kurang enam orang berbanding senarai yang digunakan pada Kongres Kebangsaan DAP 2013 yang mempunyai 68 nama.

Ini kerana lima calon telah keluar parti manakala seorang lagi calon iaitu Karpal Singh telah meninggal dunia.

Lau berkata sejumlah 1,356 perwakilan terlibat dalam pengundian pada Ahad dan keputusan dijangka diketahui lewat petang ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DAP , pemilihan CEC

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan