Mayat Remaja Terjun Sungai Golok Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 11 November 2017 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok di Pengkalan Pak Ya, Bukit Bunga di sini, Rabu lepas ditemukan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata mayat Mohammad Fahmi Hassan dijumpai dua kilometer dari tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 4 petang.

"Mayat yang masih berpakaian lengkap ditemukan tersangkut di sebatang pokok,” katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Mangsa dipercayai terjun ke sungai terbabit selepas terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis ke kawasan kejadian untuk melakukan siasatan berkaitan aktiviti dadah yang dilaporkan oleh orang ramai.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), polis dan penduduk kampung.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat , Sungai Golok

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan