Mangsa Banjir: Ganti Pasport Rosak, Hilang Secara Percuma - Berita Semasa | mStar

Mangsa Banjir: Ganti Pasport Rosak, Hilang Secara Percuma

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

BAYAN LEPAS: Mangsa banjir di Pulau Pinang yang berdepan dengan kehilangan pasport atau rosak boleh diganti secara percuma  sebelum 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu, penggantian hanya boleh dibuat di Jabatan Imigresen Pulau Pinang sahaja.

"Pemohon yang kehilangan pasport perlu mebuat laporan polis terlebih dahulu seblum memohon di pejabat imigeresen.

"Manakala pasport yang rosak pula perlu dibawa ke imigresen sebagai bukti," jelasnya pada sidang media.

Beliau berkata, keputusan menggantikan pasport secara percuma dibuat selepas perbincangan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengambil berat kepada mangsa-mangsa banjir.

Tags / Kata Kunci: Pasport rosak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan