JPM: Kerajaan Tak Pernah Tarik Kemudahan Bekas PM

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM dalam kenyataan pada Khamis berkata, pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).

Menurutnya, perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.

"Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam," kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.

JPM berkata, kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.

Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.

"Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada kesemua bekas perdana menteri," kata JPM. - Bernama

Tags / Kata Kunci: JPM , PM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan