Mangsa Banjir Boleh Ganti Dokumen Di JPN Percuma

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 6:31 PM

Mohd Faizul menunjukkan senarai mangsa banjir yang membuat pertukaran kad pengenalan mereka di pejabat JPN di Anson Road, Pulau Pinang. Foto CHAN BOON KAI/ The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mangsa banjir di Pulau Pinang boleh menggantikan dokumen penting mereka yang rosak atau hilang, dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara percuma.

Jurucakap JPN, Mohd Faizul Arifin berkata, dokumen penting seperti MyKad, sijil kahwin, sijil kewarganegaraan, sijil kelahiran boleh digantikan tanpa sebarang caj.

"Amalan standard di jabatan kita adalah untuk mengetepikan bayaran bagi dokumen yang hilang atau rosak akibat bencana seperti banjir dan kebakaran," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Anson Road pada Khamis.

Beliau berkata, pemohon perlu mendapatkan surat daripada pegawai daerah bagi mengesahkan mereka terjejas akibat banjir, bagi membolehkan gantian dokumen.

"Kita turut menerima laporan polis yang menyatakan secara khusus lokasi rumah yang terjejas akibat banjir, dan sebab kehilangan atau kerosakan dokumen berkenaan," katanya.

Mohd Faizul turut menggesa mangsa banjir untuk membuat permohonan mereka secepat mungkin.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali turut mengumumkan bahawa mangsa banjir di Pulau Pinang yang berdepan dengan kehilangan pasport atau rosak boleh diganti secara percuma.

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , JPN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan