Video KP SPRM: Biar AG Siasat

Diterbitkan: Rabu, 8 November 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes video yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Ahmad Zahid juga meminta agar mereka berlapang dada dan menghentikan sebarang perbuatan pembunuhan karakter terhadap Dzulkifli dan memberinya peluang untuk menjalankan tugasnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, video yang viral di internet dan media sosial itu masih disiasat dan belum pasti kesahihannya.

Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Dzulkifli susulan penularan video itu, ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat, Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beberapa langkah yang disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah telah dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, susulan dapatan daripada RCI tersebut pada Disember 2014, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa teknikal.

Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah dipengerusikan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, manakala Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

"Sejak jawatankuasa ini ditubuhkan kerajaan telah menggiatkan tindakan penguatkuasaan serta melakukan pengusiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kesungguhan jawatankuasa ini menyelesaikan isu pendatang asing dapat dilihat melalui pengusiran tertinggi iaitu 27,769 pada 2015.

"Jawatankuasa ini juga bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi mempercepatkan pengeluaran dokumen perjalanan bagi membolehkan pendatang asing yang ditahan dihantar pulang ke negara asal," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri.

Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa tersebut bertindak secara telus dalam melaksanakan peranannya dan bersedia menerima semua maklum balas dari pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di negeri berkenaan.

Katanya, dalam keadaan sedemikian adalah tidak adil untuk mana-mana pihak membuat tuduhan terhadap pegawai Jabatan Pendaftaran Negara kononnya menjual dokumen pengenalan kepada pendatang asing.

"Kita tahu ketika ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) masih wujud ramai ketua sindiket dan anggota sindiket yang menjual dokumen pengenalan ditahan di bawah ISA.

"Tetapi sekarang ini apabila ISA tidak ada lagi, akta sedia ada terutamanya untuk pencegahan telah digunakan dan tidak ada rekod baharu adanya penjualan oleh pegawai-pegawai.

“Yang kita terima berdasarkan laporan polis adalah kad palsu yang dijual oleh mereka yang ambil kesempatan dan itu pun telah diambil tindakan," katanya. -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: SPRM , Zahid , AG

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan