Waris Perlu Tampil Jika Peminjam Meninggal, Hilang Upaya

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta waris kepada peminjam tabung berkenaan yang meninggal dunia supaya tampil memaklumkan perkara berkenaan bagi tujuan pelupusan hutang.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata ini penting bagi memastikan waris tidak dibebani hutang memandangkan pinjaman tersebut dilindungi Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

“Melalui manfaat Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Pinjaman Pendidikan PTPTN, kesemua pinjaman itu diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans dan pada masa sama waris akan menerima khairat kematian RM1,500.

“Jadi, waris tidak perlu membayar hutang peminjam yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal kerana semuanya dilindungi sepenuhnya takaful,” katanya selepas majlis penyerahan manfaat takaful dan khairat kematian kepada waris Muhamad Zaki Abu Hassan, 39, yang maut kemalangan di Labu, Seremban, 19 Jun lepas.

Pada majlis itu, Abdul Ghaffar menyerahkan cek berjumlah RM127,515.12 kepada isteri Muhamad Zaki, Sarina Abdul Manap, 40, di kediamannya di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Ghaffar berkata sehingga 31 Oktober lepas, 7,647 peminjam mendapat manfaat  perlindungan takaful berjumlah RM124.87 juta, melibatkan soal kematian dan hilang upaya kekal.

PTPTN, beliau berkata sentiasa menitikberatkan kebajikan peminjamnya, dan Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok dibuat bertujuan melindungi peminjam sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

“Seperti Allahyarham Muhamad Zaki, beliau graduan sarjana muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan semasa hayatnya arwah mempunyai hutang pinjaman berjumlah RM36,281. Namun kerana manfaat perlindungan takaful berkelompok, kesemua pinjaman itu selesai sepenuhnya,” katanya.

Selain menjadi peminjam PTPTN, beliau berkata Muhamad Zaki juga pendeposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) untuk tiga anaknya berusia dua hingga 11 tahun, sekali gus melayakkan menerima manfaat perlindungan takaful akibat kemalangan RM40,000 bagi setiap akaun dan RM2,500 khairat kematian bagi setiap akaun.

“Pada masa sama waris turut menerima nilai tunai bagi simpanan takaful sebanyak RM5.04 bagi setiap akaun. Jumlah keseluruhan manfaat takaful dan khairat kematian serta nilai tunai diterima waris  kerana arwah merupakan pendeposit SSPN-i Plus adalah berjumlah RM127,515.12,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata sehingga 30 September lepas, sebanyak 134,848 akuan SSPN-i Plus dibuka membabitkan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM47.4 juta dengan manfaat perlindungan takaful  sehingga RM6.2 bilion. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PTPTN

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan