Bayaran Haji Kekal RM9,980

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran haji RM9,980 bagi musim haji 2018M/1439H dikekalkan walaupun kos sebenar haji meningkat 15 peratus kepada RM22,450 berbanding RM19,550 pada musim haji yang lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah berkata subsidi haji yang akan diberi kepada seorang jemaah haji muassasah kali pertama ialah RM12,470 iaitu 56 peratus daripada kos haji.

''Jemaah haji hanya perlu membayar RM9,980 iaitu 44 peratus daripada kos haji," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ia berkata TH dijangka menanggung subsidi haji hampir RM400 juta yang merupakan tanggungjawab sosial korporat terbesar TH bagi mendukung aspirasi kerajaan untuk mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi.

TH menarik perhatian bahawa bayaran haji itu merupakan kadar paling rendah di Asia Tenggara dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh TH semasa jemaah menunaikan ibadah haji.

''Demi kebajikan dan keselesaan jemaah haji, pelbagai kemudahan serta perkhidmatan TH di Tanah Suci dan tanah air ditambah baik tanpa sebarang bayaran tambahan seperti perkhidmatan kesihatan, kaunseling, bimbingan dan kewangan," kata kenyataan itu.

TH telah memulakan proses penghantaran surat tawaran menunaikan haji secara berperingkat sejak Isnin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan