Kanak-Kanak Maut Terjatuh Kondominium

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 3:44 PM

Gambar hiasan kondominium.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.45 petang."Petugas ambulans dari Hospital Ampang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kanak-kanak yang berasal dari Sabah itu meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini,Ahad.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya, berumur 10 tahun yang dijaga oleh ibu saudara mereka berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

"Semasa kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama kakaknya di balkoni berhampiran ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba memanjat pagar balkoni lalu terjatuh," katanya.

Mohd Zaid berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jatuh Kondominium

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan