Cuaca Buruk: Taman Negara P.Pinang Ditutup

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang ditutup sementara kepada pengunjung hari ini bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan berikutan kejadian ribut Sabtu malam.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata kejadian ribut itu telah menyebabkan banyak pokok tumbang di sepanjang laluan rentis dan tapak khemah taman negara tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tempoh penutupan tersebut.

“Pelawat adalah dinasihatkan tidak membuat lawatan ke Taman Negara Pulau  Pinang, memasuki  kawasan rentis dan laluan laut memasuki taman berkenaan serta tidak menjalankan aktiviti berkhemah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang demi menjaga keselamatan diri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, semua pelawat ke taman berkenaan diminta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan Penguasa Taman Negara dari semasa ke semasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan, kata Abdul Kadir.

Pulau Pinang pada Ahad lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri  ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang Sabtu dan berlarutan sehingga 5 pagi Ahad juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , ribut

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan