Laksa Johor Kini Di Melbourne

Diterbitkan: Sabtu, 4 November 2017 1:33 PM

Engku Putri Irna (dua dari kiri) yang mendukung anak perempuannya, Olivia Khadeeja Azmi bergambar bersama juara MasterChef Australia, Diana Chan (kiri) dan suaminya, Ahmad Ariff Azmi.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Rakyat Malaysia dan Singapura yang berada di Australia kini tidak lagi perlu menunggu peluang balik kampung untuk menikmati menu laksa Johor.

Hidangan itu kini mudah didapati meskipun anda berada di bumi Kangaroo.

Terima kasih kepada usahawan muda, Engku Putri Irna Mysara Ungku Mokhsin yang juga pemilik sebuah restoran Johor di sana yang menyediakan hidangan tradisi masyarakat Melayu itu.

Beliau mengusahakan restoran Sijori Malay Eatery yang terletak di pinggir utara Bundoora, hanya 20 minit perjalanan menaiki kereta dari Melbourne.

Selain laksa Johor, restoran tersebut turut menawarkan hidangan kacang pool dan lontong lodeh.

"Restoran saya terletak tidak begitu jauh dari Universiti La Trobe dan Universiti RMIT di mana komuniti Malaysia dan Singapura semakin berkembang di pinggir utara, menjadikan mereka sebahagian besar pelanggan kami.

"Saya amat gembira apabila pelanggan Malaysia dan Singapura memberitahu sama mereka tidak pernah menikmati laksa Johor sehingga merasai sendiri hidangan itu di Australia," katanya dalam satu temubual bersama The Star menerusi e-mel.

Jelas wanita berusia 28 tahun itu, restoran miliknya dinamakan sempena singkatan pakatan ekonomi yang ditubuhkan Singapura, Johor dan Riau (SI-JO-RI) pada 1989.

Engku Putri Irna yang menjadi pemastautin tetap di Melbourne selama tujuh tahun selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Universiti La Trobe berkata warisan keluarganya juga dikaitkan dengan Kepulauan Riau.

Membesar dalam kalangan keluarga yang gemar memasak, beliau mahu berkongsi resipi turun-temurun keluarganya di Australia.

"Masakan Cina dan India terutama dari Pulau Pinang dan Ipoh senang diperolehi di Melbourne tetapi hidangan selatan dan Melayu agak kurang.

"Jadi saya membuka restoran Sijori selepas melihat hidangan Melayu selatan belum ada di sini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pembukaan restorannya itu turut diilhamkan oleh keinginan ibunya menjemput para tetamu menikmati hidangan Melayu.

"Apabila saya membesar di Dubai, ibu saya memasak hidangan Melayu tanpa rasa penat untuk dinikmati tetamu kami," katanya.

Mengakui berdepan cabaran untuk menguruskan sebuah restoran, Engku Putri Irna berkata beliau mendapat suntikan semangat menerusi maklum balas daripada pelanggan yang berpuas hati dengan hidangan disediakan.

"Kemudian saya tahu apa yang saya lakukan ini betul," katanya.

Malah, beliau juga menyedari hidangan Malaysia penuh dengan keunikan tersendiri, itulah menyebabkan rakyat Malaysia memenangi pertandingan MasterChef kerana hidangannya amat menyelerakan.

Program televisyen popular di Australia iaitu MasterChef baru-baru ini dimenangi rakyat Malaysia, Diana Chan sekali gus mengangkat menu Malaysia ke mata dunia.

Tags / Kata Kunci: laksa Johor , Sijori Malay Eatery

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan