Gambar Peluk ‘Bodyguard’ Mahu Undang Simpati

Diterbitkan: Sabtu, 4 November 2017 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dipeluk oleh seorang individu yang tular di laman sosial telah disalah tafsir dan digunakan untuk mewujudkan rasa simpati kepada bekas perdana menteri itu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar).

Gambar itu tersebar meluas di media sosial berikutan berita bahawa khidmat pengawal peribadi Tun M daripada Unit Tindakan Khas (UTK) telah ditarik balik.

Khairy berkata gambar itu diambil pada tahun lepas dan tiada kaitan dengan penarikan semula pengawal peribadi Dr Mahathir.

"Kita mesti mengutuk perkara ini sebagai berita palsu," katanya pada konvensyen media sosial Umno di sini pada Sabtu.

Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan berkata, biro teknologi maklumat Umno perlu memainkan peranan aktif dalam mempersoalkan kesahihan gambar sedemikian.

Gambar Tun M yang didakwa dipeluk oleh pengawal peribadinya.

Bekas Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Zulkifli Noordin turut membangkitkan isu  gambar terbabit.

"Buat masa ini, pihak pembangkang memainkan isu ini, cuba mewujudkan simpati terhadap Tun M kerana pengawal UTK beliau ditarik balik, tetapi mereka menggunakan foto yang tidak ada hubungannya dengan cerita itu," kata Zulkifli.

Zulkifli berkata gambar itu sengaja mewujudkan tanggapan bahawa pengawal UTK yang ditarik balik telah dilihat memeluk Tun M.

"Sebenarnya orang yang memeluk Tun M dalam gambar itu ialah salah seorang penyokongnya," katanya.

"Kita tahu semua ini adalah satu pembohongan, tetapi tidak seorang pun daripada pihak kami memberitahu melalui laman sosial bahawa ia adalah satu pembohongan," katanya sambil menambah bahawa ahli Umno dan penyokong Umno mesti lebih aktif dalam bercakap menentang penipuan seperti itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan